Pemilihan MPP SMK Rantau Panjang


Perjalanan pilihan raya 

Pilihan raya umum memberi peluang kepada rakyat menentukan kepimpinan negara yang merupakan sebahagian daripada proses demokrasi di negara ini.Namun masih ramai layak untuk mengundi, tidak menunaikan kewajipan itu sedangkan ia begitu penting bagi mencorak masa depan negara.

Sehubungan itu, Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Rantau Panjang, baru-baru ini cuba mendekatkan para pelajar dengan memberikan kesedaran, pendedahan dan pengalaman sebenar ‘perjalanan pilihan raya umum’ tersebut.

Mengambil garis panduan yang ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengendalikan proses pilihan raya umum, sekolah menengah itu mengadakan pilihan raya bagi memilih anggota Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) tingkatan enam.

Lebih menarik, perjalanan proses itu dipantau sepenuhnya oleh pihak SPR yang memberikan kerjasama bagi menjayakannya dengan memastikan syarat dan peraturan diikuti.



Proses penamaan calon

Para pelajar akan melalui proses penamaan calon, diberikan tempoh berkempen bagi menyatakan manifesto mereka dalam membawa hala tuju sekolah dan pemasangan poster bagi meraih sokongan.Pada hari pengundian, SPR telah membuka kaunter bagi bekas pelajar mendaftar sebagai pengundi di samping guru-guru dan kakitangan sekolah menyemak semula nama masing-masing bagi tujuan kelayakan mengundi.

Pengetuanya, Abdullah Yaakub memberitahu Utusan Malaysia, pendekatan tersebut adalah medium kepada pelajar merasai sendiri pengalaman suasana pilihan raya umum.‘‘Langkah ini bagi memberi lebih pemahaman terutama kepada pelajar tingkatan enam yang mempelajari subjek Pengajian Am serta menghayati sistem perundangan di Malaysia,’’ katanya.

Abdullah menambah, amalan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang dan mungkin menjadi tradisi sekolah hasil sambutan yang menggalakkan di kalangan pelajar-pelajar yang terlibat.‘‘Selain pelajar tingkatan enam, pelajar lain yang menjadi pemerhati turut teruja dengan sistem pemilihan yang diperkenalkan



Yang Dipertua MPP

‘‘Suasana meriah dapat dirasakan di kalangan warga sekolah menjelang hari penamaan calon, apabila pelajar di bawah bimbingan beberapa orang guru diberikan kebebasan memancing undi pada tempoh berkempen seperti yang dilakukan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA),” katanya.Dalam pemilihan itu, seramai 19 calon bertanding bagi merebut 11 jawatan iaitu tiga untuk ahli majlis tertinggi manakala selebihnya bagi memilih ahli jawatankuasa.

Pada pilihan raya itu, Mohd. Taufik Ismail diumumkan sebagai Yang Dipertua MPP, menewaskan tiga lagi calon apabila memperoleh 56 undi manakala Noor Hidayat Abdul Hamid memenangi jawatan timbalan dan setiausaha disandang Siti Shazleen Sudin.Barisan kepimpinan pelajar sesi 2010 itu merupakan pelajar tingkatan enam atas.

Kongsikan berita ini




( Sumber Informasi Tingkatan 6 Anda )





Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .