MAJLIS GRADUASI PRA-UNIVERSITI SMK MAJAKIR 2009





Para pelajar Pra-U SMK Majakir ceria di luar Dewan Jubli Perak sebelum diarak masuk ke dalam Dewan

29 Oktober 2009 (Khamis)- Majlis ini merupakan majlis yang julung-julung kalinya diadakan di SMK Majakir. Idea untuk mengadakan majlis ini telah dikemukakan kepada pihak pentadbir sekolah oleh Pengerusi PERTENA iaitu adik Clareline Lulin pada awal tahun ini. Pada dasarnya pihak pentadbir sekolah menyokong serta menghargai cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh para pelajar, guru-guru dan staf lain. Pengetua seterusnya telah mengemukakan idea tersebut kepada YDP PIBG yang memberi sokongan yang tidak berbelah bagi.


Seramai 57 orang pelajar tingkatan 6 akan menerima sijil serta cenderahati daripada pihak sekolah



Antara objektif mengadakan Majlis Graduasi ini adalah untuk :
(a) Memberi suntikan semangat kepada mereka yang bakal menduduki peperiksaan STPM pada bulan November ini.
(b) Memberi pengiktirafan kepada pelajar yang mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan percubaan yang lalu.
(c) Memberi penghargaan kepada pelajar tingkatan 6 atas segala jasa dan sumbangan mereka kepada sekolah.




Guru-guru tingkatan 6 SMK Majakir

Majlis bersejarah ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Karim B. Bujang, Adun N23 Bongawan merangkap Pengerusi Sabah Ports Sdn Bhd. Majlis ini turut dihadiri oleh En. Jamal Ramlee, wakil PPD Papar, En. Shabuddin Ag. Damit, YDP PIBG serta ibu bapa pelajar yang terlibat dengan majlis graduasi.


Ketibaan YB Datuk Karim B. Bujang disambut dengan paluan kompang dan bunga manggar



Ibu bapa pelajar yang hadir telah memeriahkan lagi majlis tersebut

Di majlis ini juga telah disampaikan Anugerah Pelajar Terbaik bagi setiap mata pelajaran serta Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan bagi Aliran Sains dan Aliran Kemanusiaan.


( Sumber Informasi Tingkatan 6 Anda )





Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .