Kolokium Tingkatan 6




Tempat: Dewan Persona, SMK Elopura Sandakan

Kolokium bermaksud perjumpaan atau persidangan untuk membincangkan perkara yang bersifat ilmiah . Dalam konteks Penyelidikan Tingkatan 6, Kolokium ialah perhimpunan pelajar-pelajar Tingkatan 6 untuk membentangkan draf terakhir laporan penyelidikan mereka di hadapan rakan-rakan penyelidik muda dan guru-guru Akademik Tingkatan 6 bertindak sebagai penilai.

Jawatankuasa Tingkatan 6 SMK Elopura telah menganjurkan Kolokium Tingkatan 6 . Kolokium Tingkatan 6  yang pertama kali diadakan di daerah Sandakan ini, telah diadakan dengan jayanya di Dewan Persona SMK Elopura.

Majlis yang dihadiri oleh 184 orang pelajar Tingkatan 6 dari sekolah-sekolah menengah SMK Elopura, SMK Elopura 2, SMK Telupid dan SMK Batu Sapi telah berlangsung dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi. Tujuan Kolokium Tingkatan 6 ini diadakan adalah untuk:

* Menjelaskan dan memupuk konsep Penyelidikan dan Kolokium Tingkatan 6 di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan 6 di daerah Sandakan.

* Membudayakan aktiviti Penyelidikan dan Kolokium di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan 6 di daerah Sandakan.

* Menyediakan platform perkongsian pendapat dan percambahan idea-idea baru di kalangan pelajar-pelajar dan guru-guru Tingkatan 6 di daerah Sandakan.
    6 kumpulan pelajar Tingkatan 6 dari SMK Elopura dan SMK Elopura 2 telah membentangkan hasil dapatan kajian mereka di dalam Kolokium Tingkatan 6 ini. Pembentangan dinilai oleh 4 orang penilai yang terdiri daripada Penolong Kanan, Penyelaras dan guru-guru Tingkatan 6 dari keempat buah sekolah yang mengambil bahagian. Berikut ialah keputusan penilaian pembentangan tersebut:Johan (SMK Elopura): Kajian Kes (Bahasa Malaysia) Kesalahan Tatabahasa Pada Papan Tanda Yang Terdapat Di Sekitar Daerah Sandakan.

    1.Naib Johan (SMK Elopura 2): Library-Based Research (Pengajian Perniagaaan)Teori Pengurusan Organisasi Karya Henry Fayol.

    2.Tempat Ketiga (SMK Elopura): Kajian Eksperimental (Sains Sukan)Kesan Pemanasan Badan.
      Majlis Kolokium Tingkatan 6  ini dilihat mendapat sambutan yang baik  dari para jemputan yang hadir melalui penglibatan mereka yang aktif sepanjang masa kolokium berjalan. Diharap Kolokium Tingkatan 6 ini dapat menjadi pemangkin dan pencetus budaya Penyelidikan dan Kolokium Tingkatan 6 di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan 6 di daerah Sandakan.



      .   



      ( Sumber Informasi Tingkatan 6 Anda )





      Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .